Make your own free website on Tripod.com

 

1

 

 

PERUBATAN HOMEOPATI:

 

RAWATAN YANG SELARI DENGAN AL-QURAN

 

Oleh:

 

Mohamed Hatta Abu Bakar

 

 

RasuluLlah salaLlahu’alaihi wa sallam pernah bersabda: “setiap penyakit ada ubatnya, jika tepat ubatnya, maka ia akan sembuh dengan izin Allah.”

 

Terdapat sekurang-kurangnya tiga pengajaran daripada hadis di atas.

 

·         Pertama, kalau ada penyakit mesti ada ubatnya. Dan ini dijelaskan oleh hadis yang bermaksud: “Tidaklah Allah menurunkan sesuatu penyakit, melainkan Dia juga menurunkan ubatnya.”

·         Kedua, pemilihan ubat mesti tepat dengan jenis penyakit. Ubat hendaklah dipilih berdasarkan nama penyakit, sabab-sebab sakit, simptom-simptom penyakit, kekurangan/ketidakseimbangan mineral/vitamin atau diri pesakit itu sendiri.

·         Ketiga, ubat-ubat yang dipilih itu tidak semestinya menyembuhkan penyakit yang dihidapi. Kita sebagai umat Islam harus yakin bahawa setiap penyakit hanya akan sembuh dengan izin Allah subhanahu wa ta’ala……

 

Dalam perubatan homeopati, ramai para pengamalnya yang beragama Islam telah cuba untuk menegaskan bahawa sistem rawatan ini adalah selari dengan Islam. Istimewa sekali apabila kita merenung sabda RasuluLlah salaLlahu’alaihi wa sallam:

 

“Dari Abu Hurairah, katanya: RasuluLlah salaLlahu’alaihi wa sallam telah bersabda yang bermaksud: Apabila lalat jatuh ke dalam minuman seseorang, maka hendaklah dia celupkan/ benamkan lalat itu lalu dia keluarkan lagi, kerana pada salah satu dari dua sayapnya terdapat penyakit dan pada sayapnya yang lain terdapat ubat.”

(Riwayat Bukhari dan Abu Daud) 

 

Dan Abu daud menambahkan kalimat: Sesungguhnya ubat yang terdapat pada sayapnya yang sebelah itu dapat menyucikan (menawarkan) penyakit yang ada di sayap yang satu lagi.”

 

Hadis di atas adalah………….

 

Polemik tentang perkara lalat ini dari sudut perubatan sungguhpun hangat diperkatakan, tetapi tentu sukar juga untuk ditolak. Ramai pengamal homeopati selalu menyebut prinsip unggul ini sebagai ‘what can cause can cure.’ Sementara undang-undang ini telah ribuan tahun dahulu disebut oleh Hippocrates sebagai ‘like cures like’. Hanya sekadar ia diuji dan dibangunkan secara saintifik oleh Dr. Samuel Hahnemann, pengasas homeopati pada kurun ke 18 Masehi.

 

 

(petikan artikel daripada majalah UMMI, Februari 1995)

 

 

 

 

2

 

 

HAKIKAT PENAWAR

 

Oleh:

 

Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD

 

 

Masyarakat hari ini sentiasa menganggap bahawa sesuatu yang pahit itu biasanya ubat. Tetapi hakikatnya, tidak semua ubat itu pahit. Dalam perubatan homeopati, ubat-ubat yang lumrahnya disebut penawar kebanyakannya rasa manis. Kalau tidak manis pun, ia tidaklah pahit.

 

Tentang penawar yang manis ini, dinyatakan dalam al-Quran, maksudnya: “Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat-ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang berfikir…..” (an-Nahl, 69)

 

Demikianlah halnya dengan…………….

 

 

(dipetik daripada majalah Tamadun, Disember 1997)

 

 

 

 

3

 

 

PENJELASAN BERHUBUNG KAEDAH HOMEOPATI

 

Oleh:

 

Mohamed Hatta Abu Bakar

 

 

Dalam ruangan Forum, Utusan Malaysia, Jumaat 10 Oktober 1997, saya ada terbaca komen Dr…..mengenai kenyataan seorang pengamal homeopati wanita yang muncul dalam slot Selamat Pagi Malaysia pada 9.9.1997.

 

Saya bukan bermaksud membela mana-mana pihak kerana kekeliruan memang boleh dikesan baik daripada penerangan pengamal wanita tersebut mahupun fahaman doktor alopati. Kekeliruan sebenarnya berlaku dari segi konsep sakit dan rawatan yang diberikan.

 

Dalam amalan alopati, rawatan diberi berasaskan pengenalan penyakit. Contoh yang diberikan oleh doktor mengenai masalah sakit perut ini memang benar. Seorang doktor alopati memang teliti dari aspek pemeriksaan. Tetapi pemeriksaan am dan khususnya masih tertumpu kepada masalah sakit perut pesakit.

Bila dilakukan ujian makmal atau x-ray, tujuannya ialah untuk memastikan masalah sakitnya yang berkisar di sekitar perut itu juga. Sebabnya, seperti kita maklum doktor tidak akan dapat memberi preskripsi yang baik tanpa pengesahan penyakit dan puncanya.

 

Di dalam homeopati, mereka tidak merawat penyakit, tetapi pesakitnya. Konsep sakit dalam homeopati adalah kerana kuasa hayat seseorang itu telah terganggu. Akibat gangguan itu, maka akan zahir pelbagai simptom sama ada mental, emosi ataupun tubuh fizikal.

 

Sakit perut seseorang itu dianggap hanya sebagai satu simptom. Justeru, proses pengambilan kes bukan sahaja akan melihat masalah sakit perut pesakit tersebut, tetapi juga apa-apa gangguan yang berkaitan dengan mental, emosi, modaliti dan keseluruhan pesakit.

 

Berasaskan penerangan ringkas ini kita sudah dapat membezakan mana satu sistem yang dikatakan mengamalkan rawatan holistik. Rawatan holistik memberi tumpuan lebih kepada pesakit berbanding penyakitnya.

 

Terdapat beberapa kelebihan apabila rawatan dilakukan dengan cara ini.

 

Pertama, pesakit akan merasa ia dilayan sebagai insan dan bukan sebagai manusia berpenyakit atau pembawa penyakit.

 

Kedua, masalah lain yang mungkin tersembunyi daripada pengetahuan pengamalnya akan turut sembuh sekiranya penawar yang diberikan itu memenuhi syarat “similimum” simptom penawar pesakit.

 

Ketiga, kes-kes yang tidak dapat didiagnos secara klinikal juga memungkinkan rawatan diberi. Contoh kes yang mengalami gangguan kuasa hayat dan tidak dapat didiagnos ialah: pesakit yang datang mengadu kakinya sakit tiap kali bangkit dari tidur, rasa terbakar atau mencucuk pada tapak kaki.

 

Ujian makmal dan diagnos……………..

 

Saya percaya kes-kes seumpama ini ini banyak ditemui dalam rekod-rekod pengamal homeopati tulen yang mungkin berjaya menyembuhkannya sama ada dengan penawar Rhus tox, Capsicum, Ledum atau dengan menggunakan lain-lain penawar yang “similimum”.

 

Ruang yang kecil ini….

 

 

(petikan jawapan di dalam ruangan Forum, Utusan Malaysia, 10 Oktober 1997)<O:P</O:P

 

 

4

 

JERAWAT DAN RAWATAN HOMEOPATI

 

Oleh

 

Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD

 

 

 

Jerawat merupakan suatu penyakit kulit yang biasa dialami oleh setiap orang. Ramai yang beranggapan serangannya hanya tertumpu di sekitar muka. Sedangkan dari sudut perubatan, jerawat yang dirujuk sebagai inflamasi kelenjar sebum, boleh mengakibatkan lesi kulit pada muka, belakang dan dada. Istilah lain yang biasa digunakan ialah akne atau akne vulgaris.

 

Sebab atau punca timbulnya jerawat tidak dapat dikenal dengan pasti. Tetapi di antara sebab utama yang biasa disebut ialah ketidakseimbangan hormon. Faktor-faktor lain yang sering dikaitkan dengan kehadirannya ialah kerana keturunan, bakteria, tekanan psikologi yang keterlaluan dan cuaca. Kulit yang terdedah kepada bahan kimia tertentu juga mungkin merangsang kehadirannya.

 

Jerawat timbul dengan lebih ketara di kalangan remaja atau mereka yang baru mencapai usia baligh. Keadaan ini selalunya dihubungkan dengan pengeluaran hormon androgen semasa kanak-kanak meningkat remaja dan peningkatan sensitiviti organ terhadap hormon berkenaan. Bagaimanapun, ini tidak bermakna anak-anak dan orang dewasa bebas daripada serangan jerawat.

 

Kaum lelaki dikatakan lebih kerap terdedah kepada jerawat berbanding perempuan. Tetapi bagi kaum hawa, jerawat mungkin bertambah apabila datang haid atau hamil. Walau bagaimanapun rupa.....

 

Ramai pengamal homeopati menggunakan remedi biokimia bagi tujuan memperbaiki kulit yang rosak akibat jerawat. Begitu juga apabila mencegahnya. Penawar yang dimaksudkan ialah Kali mur 6x, Calcarea sulph 6x ...............

 

Bagi kes-kes yang kronik, pesakit adalah digalakkan berjumpa dengan pengamal yang pakar dalam bidang perubatan alternatif berkenaan. Sekumpulan penawar yang biasa dipreskripsi oleh pengamal homeopati selepas konsultasi termasuklah Hepar sulph, Silicea,................

 

 

(Dipetik daripada Majalah Dakwah, “Punca Jerawat Tumbuh”, yang diterbitkan pada bulan Ogos 2000.)

 

 

 

MAIN PAGE